KUALA LUMPUR: Pelbagai faktor perlu diteliti sebelum membolehkan sektor pelancongan negara beroperasi sepenuhnya tanpa pelaksanaan gelembung pelancongan apabila Malaysia bersedia membuka pintu sempadan antarabangsa.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penelitian dan persiapan termasuk mengadakan perbincangan bersama kementerian pelancongan negara lain sedang giat dilaksanakan dan ia adalah antara usaha berterusan kementeriannya.
Jelasnya, walaupun kerajaan tidak berhasrat membuka sempadan negara pada 1 Mac seperti yang dicadangkan Majlis Permulihan Negara (MPN), namun Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) optimis percapaian Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik dan Antarabangsa Langkawi boleh dijadikan penanda aras bagi sektor itu.
"Berdasarkan pencapaian gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, MOTAC sudah mempunyai keyakinan untuk sempadan negara dibuka.
"Namun, perkara itu perlu diteliti secara lebih mendalam termasuk ada negara yang masih belum membenarkan rakyat mereka melancong dan ia harus diambil kira untuk membuka pelancongan secara meluas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Bicara Negarawan: Pemikiran dan Kepimpinan Tun Hussein Onn di Memorial Tun Hussein Onn, di sini hari ini.
Nancy berkata secara keseluruhan, dua projek gelembung pelancongan di Pulau Langkawi yang masing-masing bermula 16 September (domestik) dan 15 November (antarabangsa) tahun lepas itu mencatatkan lebih 720,000 pelancong tempatan dam asing dengan pendapatan pelancongan mencecah RM750 juta sehingga 31 Disember 2021.
Bagi Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi sehingga tempoh 9 Februari lepas, jumlah pelancong antarabangsa yang melancong ke pulau itu menjangkau 4,274 orang tanpa sebarang penularan kes direkodkan.
Pada 8 Februari lepas, MPN mencadangkan sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib, namun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan syor itu tidak dilaksanakan sebaliknya perlu melakukan penelitian terhadap beberapa perkara terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
Penelitian dan persiapan termasuk mengadakan perbincangan bersama kementerian pelancongan negara lain sedang giat dilaksanakan. - Bernama
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Kerajaan teruskan inisiatif LITB sehingga sempadan dibuka sepenuhnya - PM
Sehingga kini, tiada kluster berpunca dari LITB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Buka sempadan: Melancong tanpa gelembung pelancongan perlu penelitian - Nancy
Penelitian dan persiapan termasuk mengadakan perbincangan bersama kementerian pelancongan negara lain sedang giat dilaksanakan.
118 bilik dikenal pasti sesuai sebagai lokasi kuarantin pelancong antarabangsa di Langkawi
Sebanyak 118 bilik daripada 20 hotel di sekitar Pulau Langkawi dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai untuk proses kuarantin dan pengasingan pelancong asing antarabangsa.
Gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi jadi penanda aras buka sempadan
"Tidak mahu jadi seperti negara lain... selepas buka terpaksa tutup semula."
MOTAC cadang buka Langkawi kepada pelancong luar
Dari 16 Sept hingga 12 Okt, seramai 85,921 pengunjung telah tiba di Langkawi melalui pintu masuk udara dan pintu masuk laut.
Rentas negeri: Tiada lagi keperluan gelembung pelancongan - Hishammuddin
Tiada lagi keperluan untuk mewujudkan gelembung pelancongan di Langkawi selepas kerajaan membenarkan rentas negeri di seluruh negara.
Gelembung pelancongan Langkawi jana RM24.9 juta
Projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang dilancarkan pada 16 Sept lepas memberi sinar baharu kepada industri pelancongan di pulau pelancongan itu.
Pelancongan di Pulau Pangkor diteruskan ikut SOP jika rentas negeri dibenarkan
Antara SOP sedia ada ialah pelancong yang lengkap divaksinasi dibenarkan melakukan aktiviti pelancongan.
Penularan COVID-19 di hotel terkemuka tidak jejaskan pelancongan Langkawi - Sanusi
Penularan COVID-19 di sebuah hotel terkemuka di Langkawi tidak menjejaskan aktiviti gelembung pelancongan di Pulau Langkawi.
Gelembung pelancongan Langkawi: 38,748 ketibaan pelancong direkodkan - Nancy
Projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah, mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan 38,748 pelancong dan menjana pendapatan lebih RM15 juta sejak dibuka pada 16 Se